Popular Posts

Saturday, January 29, 2011

Antara Jiwa dan Teknologi...

Mark Zuckerberg
Facebook. Laman web sosial yang menjadikan Mark Zuckerberg BILLIONAIRE yang termuda di dunia. Tak tau la korang, tapi sejujurnya aku memang jeles habis. Bukan kerana dia kaya, kerana kemampuan dia untuk mengambil peluang di tengah-tengah kehangatan lama web sosial lain seperti Myspace dan Friendster dan mencipta sesuatu yang somehow, lebih popular. Aku rasa ada kot dua atau tiga orang yang aku kenal tak ada Facebook. Mak aku pun ada (walaupun dia dah tak buka selepas first dia register). But still, ada. Even some people yang aku kenal yang membenci dunia barat kerana perbezaan fahaman agama dan politik, pun ada Facebook. Tahniah! Facebook berjaya menembusi sempadan yang paling sukar untuk dibolosi oleh mana-mana kerajaan atau parti politik.
Mungkin sinis bunyinya. Tapi sejujurnya aku nak point out sesuatu  yang mungkin selalu kita terlepas pandang. Facebook sendiri, yang hadir dari teknologi komunikasi digital, banyak disalahgunakan. Kerana keterbukaan fungsi "Wall", apa saja yang di"post" oleh rakan kita, boleh dibaca, dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Ini menjadi masalah apabila timbul perselisihan faham. Kawan-kawan, biasa la sekali sekala bergaduh kan? Tapi sebelum ada Facebook, pergaduhan tu still boleh dihadkan diantara mereka yang terlibat sahaja, Tapi dengan Facebook, semua orang dah menjadi selebriti. Dah setanding dengan Nora Danish dan Fasha Sandha. Well, even artis sendiri dah gunakan Facebook. Post cerita pasal diri sendiri lak tu. Yang elok takpe, even yang tak patut orang lain tau. Tak payah baca surat khabar dah. Buka je Facebook. 
Mungkin sebab inilah kebelakangan ini kita mendengar khabar yang Facebook akan diharamkan di Malaysia. Entah betul, entah tidak. Harapnya tidak. Facebook membuka banyak peluang perniagaan, persahabatan dan yang paling penting memudahkan perhubungan. Banyak sahabat-sahabat dari zaman sekolah yang aku temui semula melalui Facebook. Dan aku merasakan itu sesuatu yang sangat baik.
Malangnya, seperti biasa, manusia akan menyalahkan teknologi sebaik sahaja sesuatu yang tak baik berlaku. Enggan mengakui kesalahan sendiri. Siapa yang mencipta dan sepatutnya mengawal teknologi? Pada aku, kemajuan teknologi tidak sedikit pun relevan kepada keruntuhan moral manusia masa kini. Api boleh digunakan untuk memasak, tapi bila disalahgunakan, boleh membunuh. Simple sangat? OK, apa yang canggih? Nuklear? Boleh digunakan sebagai sumber tenaga, tapi boleh digunakan untuk memusnahkan sesama manusia. 

Kereta berkuasa enjin pertama.
Yurin Gagarin
Suka atau tidak, teknologi akan terus berkembang pesat. Roda pertama dicipta pada zaman Mesopotamia pada tahun c3800 sebelum masihi. Kereta pertama menggunakan enjin dicipta pada tahun 1769, lebih kurang. Beribu tahun dari roda ke enjin. Tapi yang lagi best, manusia pertama kali tiba di angkasa lepas pada 1961(Yurin Gagarin). Belum sempat kereta tercipta, manusia dah sampai ke angkasa lepas. Apa cita? 
Jadi, teknologi akan terus bergerak pantas, dan mereka yang tak peka atau prihatin akan terus ketinggalan. Kita takkan boleh menghalang kemajuan. Manusia akan terus ghairah meneroka potensi akal yang dikurniakan. Jika kita haramkan satu teknologi, agak korang berapa lama sebelum satu teknologi baru muncul? Dan manusia tetap akan dapat mencari jalan untuk menyalahgunakan teknologi tu. 
Yang menjadi masalah adalah jiwa manusia sendiri. Kita harus mencari punca bagaimana jiwa kita menjadi begitu korup, sehingga di dalam setiap kebaikan, kita mampu mencipta keburukan. Apakah punca sifat busuk hati dan hasad dengki menjadi pengemudi emosi dan tindakan kita? Mengapa sifat mementingkan diri begitu menebal sehingga tidak ruang untuk toleransi?
Mungkin aku terlalu naif, tapi mungkinkah suatu hari akan wujud dunia dimana "tak semua orang adalah pemenang, tapi semua tetap gembira"?

No comments:

Post a Comment