Popular Posts

Thursday, January 27, 2011

Ada apa dengan tajuk?

Bila saja sesiapa membaca tajuk blog aku ni, mesti ramai yang ingat aku akan menulis mengenai gadis-gadis yang telah aku kenali selama 26 tahun hidup aku. Bila diteroka profile Myspace, Friendster atau Facebook aku, memang kelihatannya seperti aku sentiasa didampingi oleh ramai gadis. Terus-terang aku katakan sejujurnya, sebenarnya bilangan rakan-rakan aku dari jantina sejenis pun tak kurang sebenarnya. Tetapi yang sentiasa rajin untuk mengambil gambar, majoritinya (majoriti yang besar ok) adalah kaum hawa. Sama dengan: gambar aku dengan perempuan lebih banyak.
Tapi difikirkan balik, aku memang suka mengangkat kaum hawa. Mengapa tidak? Sembilan bulan aku diusung kesana-kesini oleh seorang serikandi no.1kesayangan aku yang aku panggil MAK. Tanpa niat aku mengetepikan AYAH yang sememangnya bekerja keras untuk menyara keluarga, tapi kita sedang bercerita tentang kaum hawa (len post ok?). 23 Ogos 1984, aku dilahirkan di Hospital Besar Kangar dan diberikan nama Ahmad Na'im bin Abd Razak. Aku diberikan nama salah satu syurga... Maafkan bancik MAK, AYAH, sampai sekarang bancik belum buktikan yang bancik layak membawa nama tu, tapi terima kasih sebab memberikan nama yang sangat tinggi nilainya.
Kehadiran aku kedunia ni actually dah didahului oleh seorang abang, Ahmad Ferdaus, dan seorang kakak, Nurul Jannah. Abang aku berusia dua tahun lebih tua daripada aku, dan kakak aku berusia setahun lebih tua daripada aku. Actually Nurul Jannah adalah kakak tiri aku. Ya, aku sangat bertuah dikurniakan dua orang serikandi yang membesarkan aku. Alhamdulillah... Dari MAK aku, aku mendapat seorang lagi adik, Ahmad Maqamin Amin, 1990, dan dari ibu ke-2 aku, aku mendapat lagi dua orang adik, Ahmad A'adnin dan Ahmad Muhaimin Aizat. Hehehe... Meriah kan?
Untuk memeriahkan lagi keadaan, pada 2003, dengan takdir dan ketentuan Allah, jodoh MAK dengan AYAH aku berakhir. Dan MAK aku berkahwin pula dengan seorang duda beranak lima. Aku dapat kakak dan abang baru, Siti Nurhaliza, Mohd Shahril, dan tiga lagi adik, Siti Hajar, Mohd Hafifi dan Siti Sarah. Jadi jumlahnya termasuk aku, 11 orang. Kalo semua lelaki dah boleh buat team bola sepak. Nak challenge Skuad Harimau Muda (tahniah menang piala FAA baru-baru ni). Hahaha...
Kembali ke tajuk blog, aku sebenarnya akan menulis mengenai apa-apa saja yang terlintas difikiran aku dan apa-apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsi bersama. Tajuk itu, tak lain tak bukan hanyalah semata-mata tajuk. Aku hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan (terutamanya sentimeter), dan tak layak untuk bergelar kasanova. Tapi bila diletakkan "kasanova" dengan "ketot" tu bunyi cambest plak. Hehehe...
Aku rasa cukup dulu setakat ini sebagai pengenalan. Jumpa lagi dalam post seterusnya. Cheerios!!

No comments:

Post a Comment